Monday, November 3, 2014

ISU

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt

=)


Hari Isnin pertama di Bulan November. Oh myyyyyyyyyy its already November beb! Hehehe less than 2 weeks to go. Hahaha. Standart la pepagi kan mood macam spoil. Cehhhh sorry la im not that morning-person la. Susah kot pepagi nak happy happy lelompat bintang. 

Ok, let start with the 'ISU" 

1. Tetibe pagi tadi terfikir (sebab terpandang jalan raye yg sesak!) jalan raya dh berlorong lorong, nape kesesakan still berlaku? Mungkin lambakan kenderaan yang semakin meningkat (skema nk mampssss ayat!) Lagik la waktu pagi dengan time orang balik keje. Jalan raya utama mesti penuh kan. Selama hampir sebulan jadi warga-tidak-berniat-untuk-kekal-lama di Gong Badak ni, jalan raya sentiase sesak ehhh sibuk dengan kenderaan. Oh memang hari hari setiap kali nk balik keje, nk kene set mase betul betul supaya tak perlu nk cari jalan jauh untuk sampai ke rumah. Bayangkan la, simpang nak masuk ke rumah sewa tu berdekatan dengan traffic light, baru 2 kali dapat masuk ke simpang tu tanpa perlu u-turn jauh. Aishhhh. Sebab nye kenderaan banyak, dan i dont know how to cross without bump into others punye kenderaan kan. So, the solution sanggup pegi u-turn depan kawasan Mydin baru tu. Tak ke semakin jauh? Jadinye, kesesakan ni sebenarnye bukanlah berlaku disebabkan oleh jalan raya yg sempit tapi sebab lambakan kenderaan. Kenderaan dan jalan raya memang berpisah tiada. 

2. Pagi semalam i decided to try one of the kedai makan pagi yang ade kawasan rumah sewa tu. Semangat gile. Dalam kepale mesti kedai ni makan sedap, sebab pepagi nampak kereta berderet-deret. Tapi memang pun, once sampai mate terus terpacak kat bihun goreng yg ditabur daun sup dan hirisan red chilli. Bukan sekadar enak menjamu mata tapi memang tekak pun bergembira. Hehehee. Tapi tu bukanlah ceritanya yang perlu dihighlitekan sebagai isu. Isunya di sini, kerana terlampau rindukan ayam goreng, gatal gatal p order ayam goreng seketul dengan spesifik lagi, it was a chicken wing. Mase nk membayar tu baru la ternganga ibarat terperanjat melihat bola yg disepak Mat Yo berjaya ditangkap oleh goal keeper Pahang. Hahahaa. Nak tau, harga ayam goreng seketul itu RM 4!! Mahal gile kot untuk seketul ayam yg hanya disalutkan tumeric powder campur garam bersama sedikit air dan digoreng secara berjemaah dengan ketulan ketulan yang lain. Ke memang harganya begitu dan daku yang lame ini ketinggalan kereta kuda? Cuba bayangkan, seekor ayam dipotong 14. RM 4.00 x 14 ketul = RM 56. Sedangkan seekor ayam ratenye RM15-20 seekor tu pun kalu yang berat lebih dari 2 kg. Aishhh selamat tinggal kedai. Daku rela mencari kedai lain yang mampu memuaskan hati tekak ku! 

3. Memandang tekak terlampau rindukan masakan-orang-rumah, dah banyak kali ternampak jemput jemput sayur ni. Tapi hati masih menidakkan rase kempunan dan keinginan tekak. Last friday, breakfast dengan Kak Kay, terbeli la jejemput itu (di kedai lain). Rupa bentuk yang perghhh nampak crunchy dan gebuss tapi bile sampai je lidah dan tekak, rasenye bukan la seperti gambaran awal. Oh otak saye, sila la janganlah memberikan harapan palsu kepada perut ku. Hahaha. So hari ni, nekadkan hati untuk membeli jejemput di kedai yang selalu disinggahi. Alhamdulillah, rasenye seperti masakan-orang-rumah. Lega hati. Pencicah pun best. Sayur banyak, ade rase pedas pedas walaupun sedikit oily. See, lega hati. Isunye di sini, wahai penjual penjua makanan, jual la makanan anda dengan rase yang sepatutnye. Bukanlah dengan niat hanya untuk menjual dan meraih keuntungan tapi kepuasan pelanggan ke laut. Erghhhh 





Jadinye, itu sahaja isunya pada hari ni. 

Sekian.

p/s : ape kejadahnye bahase tetibe tersangat sopan? aishhhhh 

0 comments:

tt