Thursday, August 14, 2014

Interview Penyelia Asrama N17

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

Ni interview ke dua aku untuk tahun ni. Haha. Poyo je kan. Tapi tak kesah la, still nk share jugak. Bukan pe, nanti Orang lain boleh buat rujukan. 

By the way, jawatan tu dah setahun lebih kot aku apply. Lupe pulak mase apply tu memang aku apply ke tak jawatan yg dipanggil interview tu. Seingat aku, yg dipohon tu Pembantu Pengurusan Murid dengan Pembantu Makmal. Tapi tak pela, dah namenye rezeki kan. Kite terima dengan redha dan hati terbuka je la. 

Untuk jawatan ni memang kelayakan yg diperlukan memang SPM je tapi make sure la subjek yg kredit tu banyak sket esp BM, English, Maths, Science tu kan. Apply kat mane? Apply di web Jobs Malaysia, jawatan kosong under Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia. Tempoh mase nak dipanggil temuduga tu aku tak pasti la, mungkin berdasarkan kekosongan la kan. 

Untuk jawatan Penyelia Asrama, korang kene tau skop kerja macam mane. Termasuk la cara cara nak handle situasi di asrama. Macam aku semalam, dapat 2 situasi. Yg 1st, cara nak mengurangkan vendalisme di kalangan pelajar asrama. 2nd cara untuk memastikan kualiti makan di asrama terjamin dan tidak dibazirkan oleh pelajar. Pada sesiapa yg ade pengalaman tinggal di asrama, gunakan la pengalaman anda untuk menggoreng para penemuduga. 




Tu aku dh kasik few websites yg korang boleh buat rujukan. Then, mende mende simple macam brape harga yuran asrama pun korang kene tau. Berapa kerajaan bagi subsidi makan perhari. Haha memacam la. Yang penting jangan gugup tau. Aku bernasib baik la sebab mase interview tu tak de la masuk sorang sorang, kene masuk berlima. Bile Org bagi pendapat, kite boleh dengar dan buat huraian kite sendiri pulak. Yang penting, BERCAKAP! Jangan jawab tak tau. 

Tu part skop kerja penyelia. Besides, ade jugak soalan pengetahuan am, isu semasa. Pasal Kementerian Pelajaran Malaysia, especially carta organisasi tertinggi kena hafal. Dari Menteri sampai la ke Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri. Haa lagik satu, dalam carta Organisasi tu kalu name name tu ade pangkat, make sure tak de tertinggal satu pun, waima Yang Berbahagia, Yang Berusaha. Tu semua di amik kira yer... 

Isu semasa yang aku kene pasal Senarai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) hahaa dah few years kan PM launched tapi still ade lagi la kan tambahan year by year. Sila la alert. Bukan susahkan, sekarang main google jek. Lepas tu pasal Parlimen Malaysia. Ade berape Dewan, Macam mane care pemilihan Ahli Dewan, ape fungsi dewan dewan tu. Haaaaa koooooooooooo. Menangih nk jawab koo. 


Tapi jangan gelabah la. Buat cool je depan penemuduga. Bile kite cool orang orang sekeliling pun akan cool. Soalan tu jawab je seconfident mungkin, biar la korang tak sure jawapan janji semua berjawab. Jangan cepat nk jawab tak tau. Macam time aku tu, aku rase frust sangat bile ade sorang calon jawab "Maaf Encik, mase PM lancarkan Program NKRA saye masih dibangku sekolah dan saye kurang mengambil maklum pasal isu isu semasa" Dikkk, nak nangih akak dengar jawapan ko.. 

Tu la, bile fikir balik, betul la generasi muda skarang kurang mengambil tahu isu isu semasa. Diorang prefer nk bace pasal gosip, khabar je dari semua bende ni. Aishh. 

Mende dah lepas kan. Pada mane mane calon yg nk interview lepas ni, be well-prepared! Pakaian kena kemas, yang lelaki sila la pakai tali leher. Adab adab macam nk masuk ketuk pintu, bagi salam dulu, nk duduk tunggu sampai disuruh. Nk keluar pun, jangan lupe ucap terima kasih. Biar jawapan merapu, janji ade manner. 

Okeh, tu je ahkak nk membebel. berdebor nk menunggu result ni. Berjaya ke tak , itu terserah pada rezeki. Dah cube sebaik mungkin kan. 


Adios :)

0 comments:

tt