Wednesday, January 1, 2014

Its Time To Say Good Bye, 2013

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 

=) 

365 hari dah berlalu tanpa meninggalkan sebarang sisa. Muahaha. Sisa bagai ko! Dari 1 Jan 2013 sampai la 31 Disember 2013, macam macam pengalaman, kejadian, perkara itu ini yang dah terjadi. 


Pada mereka yang selalu membuat aku tersenyum di saat air mata meleleh ke pipi, aku ucapkan terima kasih banyak banyak dan aku sangat sangat menghargainya. Especially, awak! (Ye, awak tau kan siapa awak yg dimaksudkan!) 

Terima kasih jugak pada kawan kawan yang selalu ade di saat aku jatuh tersungkur teruk di tahun 2013 ni. Emi, Syila, Tieah, Yana, Kak La, Yoe, Reen, Awak - terima kasih kerana meminjamkan telinga di saat saya ingin sesorang untuk melepaskan segala yang terbuku di hati. Sangat sangat menghargainya. Dan ramai lagi, walaupun tak disebutkan di sini tapi aku nak korang tau, kewujudan korang di sisi aku, memang aku hargai sangat sangat! 


Part yang pahit untuk 2013, aku rase time PRU la. Pahit sesangat. Start dari pembubaran Parlimen membawak ke Hari Penamaan Calon sampai la ke hari pengundian, memang aku rase hari biru sangat sangat. Aku tak tau berape koyan air mate aku habis. Haha. Bersambung pulak fasa lepas PRU. Dugaan weh. 

Tahun 2013 jugak aku kenal 'ramai lawan  drp kawan'. Tak pelah. Aku tak kesah. Aku tak perlukan orang yang 'wujud' semata mata demi kepentingan. Sorry la. Once aku dh list outkan ko, jangan harap ko nak masuk balik dalam kamus idop aku. Keji dowh! 

Biarlah ape pun yang berlaku sepanjang tahun 2013, yang mane negatif, aku amik untuk positifkan di tahun 2014. 

Azam 2013 sesungguhnya, banyak yang tak tercapai. Ade aku kesah? 


Eh! Opssssss! 

Erm, sepanjanh idop aku, aku hanya ade satu AZAM, dan tak berubah menjadi dua atau tiga atau bertukar dia setiap tahun baru! 


Its time to move on! 

Welcome 2014! Semoga kehadiran anda membawa kebahagiaan, kemakmuran, kedamaian dan keberkatan untuk idop aku. Aura aura, anasir anasir negatif, please stay away! Jangan nak rosakkan tahun 2014 aku. Lets give a good kick start! 

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kesempatan kepada aku untuk meneruskan kehidupan di hari esok. Amin!

Last but no least, aku susun 10 jari kepada insan insan yang aku dah lukakan hati sepanjang tahun 2013. Walaupun sempat 4 bulan je menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai Khas MP, aku sure memang ramai yang ade rase sakit hati ngan tindak tanduk aku. Tak kesah la aku sengaja atau tak, aku pohon maaf sangat sangat. 

So, 2014, lets rock! 

Gonna miss 2013 too much! 

Adios! 

P/s : thanks awak untuk segala rase masam manis tahun 2013! 






tt