Friday, December 27, 2013

Disember

www.tips-fb.com


Assalamualaikum wbt 

=) 

Haip! Lagi beberape ari bulan Disember nak abes. Baru hegeh hegeh nak update blog. Muahaha. Teruk teruk. Dah beku idea gamaknye. 

Erm, Disember tahun ni kan.. Macam macam emosi bercampur baur. Da worst December dalam idop aku gamaknye. Muahaha. Tapi tak pe, Disember tak berakhir lagi kan. Mane tau kot kot boleh berubah jadi yg best best kan. 

Lets start with 4 Dec, bangun pagi dengan senyuman. Erk. Bukan bangun pagi la, pada hakikatnye aku tak tido pun malam tu. Paginye baru aku tido. Tu pun tido pukul 8, pukul 9 aku dah terjage. Sudahnye, muke aku kembang macam pai epal. Sighhhhhhhhhhh 

6 Dec dah start ujan lebat weh. Mase tu dah start Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Pastu berterusan dengan banjir. Hoi! Hangen jugak time tu, sebab bengang pemimpin UMNO duk bersidang tapi few tempat dah start banjir. Tapi aku salute la, MB Terengganu, Pahang ngn Johor, sanggup tinggalkan PAU, balik ke kawasan jenguk mangsa mangsa banjir. Tolong semaksima mungkin. Macam biase la, macam macam cite jugak yg tak sedap didengar keluar kan. Gitu la setiap kali banjir. Erm.. Kampung aku banjir jugak tau. Rumah aku sendiri nyaris nyaris nak masuk air. Tapi tak kene pindah la.. Sempat la jugak main air banjir kat rumah orang lain. Haha meroyan la sangatkan. Gatal nak merase banjir. 


Elok elok baju tak basah, gatal pi harung air. Muahaha. Kalu dh spesis tak berape nak centre tak payah nak cakap ape la kan.. 

Selama beberape hari ade mangsa kat pusat pemindahan, sempat jugak g jenguk jenguk, tolong ape yang patut.. 

Pastu ape lagik yang jadik ar bulan ni? Haaaa ade lagi. Tapi tak pe la, aku simpan je la. 

Last 2 weeks anak anak balik bercuti. Dah dekat nak bukak skolahkan.. Layan je la gambor bawah ni. Aku malas nk taip dah ni. Muahaha 






Tu malam Jumaat, ramai ramai pi keluar. Makan kat Tanjung Kuala Dungun. Bergambor ramai ramai. 

Hari akhir Disember, hari ni la kan, aku tersadai period pain. PMS ! Muahahahaa

Dan sesungguhnye, Disember 2013 penuh dengan pelbagai rase. 

Adios 

P/s : nak buat review sepanjang tahun pulak






Sunday, December 22, 2013

Bubur Asyura

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt.. 

=) 

Huarghhhhh.. Berzaman weh nk up entry. Malas tahap giler weh. Cume tak sampai tahap nak sampai ke Tanjung Rambutan.. 

Straight to the point je la. JKKK kampung aku ade organize program kacau bubut asyura ari tu. Tapi aku lupe la, awal bulan Disember ke akhir bulan November. Lebih kurang cam tu la, tapi sebelum banjir ari tu la. Bubur asyura ni kan org biasa buat bulan Muharram. 

Bubur ni zaman aku kecik kecik dulu, aku makan. Dah besar panjang ni tak berape nak gemar. Selera bertukar. Tak berape nak boleh makan, sebab banyak masuk rempah ratus kot. 


Start masak aku rase dalam pukul 8 lebih. Aku sampai dh pukul 9. Pagi tu ujan lebat, pastu nak bawah bekal bihun payah la. Nasib baik Along datang, tumpang dia la kan.

Sampai sampai tu, dah nampak orang duk prepare bahan bahan yg nak masuk dalam bubur tu. Ade labu, keledek, kacang merah, bawang bawang, ade la banyak lagi bahan. Sempat la tolong kopek kulit labu tu. 

Mase ni aku ok lagi. Duk dalam sejam, perut naik sebu. Boleh pulak aku balik rumah, balik muntah. Muahaha. Dah puas muntah, pegi sane balik. 


Ni time makan tengah hari. Aku tak makan. Sebab tekak dah start meragam balik. Haha biru muke duk tahan nak muntah. Dah pening ngan bau rempah, ade pulak makcik sorang tu bawak tempoyak.. 

Pagi mase aku sampai tu, bubur dh start masak. Tapi x masukkan santan lagi. Dalam 2 jam lepas tu, baru masukkan santan, bahan bahan yg lain tu. Rempah rempah tak masuk lagi.



Tu yang tengah mengacau tu Timbalan Ketua Puteri cawangan aku. Ketua? Haha duk tersadai tepi tiang. Tahan nak muntah. 

Mase orang duk kalut kalut nak masukkan rempah, aku start motor plan nk balik muntah, skali rase nak pitam. Part motor tepi jalan, dan dan time tu jugak aku muntah. Hahaha. Terjelepok tepi jalan raya. Malu ohkei! Nak bawak motor pun x larat, kene call Abg Die datang amik. Buat malu betul la.. 

End product bubur asyura tu aku tak sempat tengok. Agih agih ke rumah orang kampung pun aku x join, sebab dah tergolek kat rumah. Tak pe tak pe, tahun depan i join yer! 

Tu je citenye. Tapi aku rase masak bubur asyura zaman aku kecik kecik dulu rase lagi meriah. Pakai kayu api segala bagai. Kenangan semua tu weh. Nasib baik membesar kat kampung, boleh rase smua tu. 

Chow! 






Tuesday, December 3, 2013

Ah Bo Bo

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt 


=) 

Saje buat entry untuk perkenalkan my new pet. New ke? Dah masuk sebulan lebih aku adopt si Ah Bo Bo ni. 


Aku amik Bo ni kat Tadika KEMAS Tok Kah. Ditinggalkan kat situ. Dari biarkan duk memekak kat situ, meh ikut aku balik. Haha. Mase mule mule bawak balik, tak reti nak makan, minum tau. Yang dia tau teriak ngan berak kencing je. Teriak 23 jam, 1 jam je diam. Haha memanjang kene kurung. 

Jenuh la nak train dia makan. Aku beli whiskers, dia tak layan. Bagi nasi pun tak makan, susu lagi la tak. Dah la tu, jahkun! Tengok orang je, terus lari menyorok. Yang dimakannya, keropok. Hadoi. Penat tau melayan! 

Dah lame lame tu baru ok. Makan dah selera. Nasik ke, friskies ke semua dh layan. Teriak pun tak dah. Melainkan nak berak kencing ngn lapar je. Tapi ade pulak habit baru. Asal nak tido je, nak nyonyot tapak tangan. Sape yang follow ig aku boleh la tengok video bonding time Bo tu. Kat fb pun ade, tapi kalu tak friend ngan aku tak boleh tengok la yer.. Haha 

Bo setakat ni tak de penyakit lagi la. Hyper active skarang. Panjat sane sini, berlari sane sini, pandai tengok tv, bab gigit mengigit no 1. Kalu mandi, bising macam kene dera. Gerammmm sangat 



Tido sorok muke okeh! Tak mo lampu lampu k. Diva sangattt! 


Curi makan kek pisang dalam bekas. Semua nak ditelan. 


Ni tertido tepi kotak. Lepas kene marah sebab sepahkan pasir poo poo. Memalam bute kene sapu pasir okeh! Tapi kejap je la well mannered. Lepas tu buat perangai balik. 


Hari tu terjumpe artikel tu. Bukan setakat ngan kucing je, haiwan haiwan lain pun, kalau kite duk buat kawan, ajak sembang boleh kurangkan stress tau. Tapi jangan le pulak duk p sembang ngan rimau ke buayu ke. Kang duk ralit sembang, tetibe kepale dh tak de kene ngap. Haha. 

Btw, Yuk dah tak de. Almost 2 weeks. Umur dia pun dah 3 tahun. Mati sakit kot. Tapi sebelum mati tu dia sembelit, aku tolong dia poo, lepas tu terus nafas tercungap cungap, dan hidung dia berdarah. Sian dia. So far, tak de lagi pengganti untuk dia. Fokus untuk 3 ekor ni je la dulu. 

Adios 

P/s : encik, u have to try to love cat la. Baru tau kucing tu besttt! 





Monday, December 2, 2013

A.K.U Part II

www.tips-fb.com

Assalamualaikum wbt ...

=) 




Dah nak masuk setahun aku buat entry A.K.U Part One, ni baru nak sambung yg part tu. Teruk la bebenor la kan. Nak mampsss cari idea nak update blOg. 

Sape yang kenal aku dah lame, memang tau la aku anak bOngsu tapi aku tak berape gemar nak nyebut cam gitu. Aku lagi suke sebut aku anak paling last. Aku akan adik beradik tak ramai. 5 Orang je. Aku paling last, ade sOrang abang [yg sulung], then 3 Orang kakak. Pastu baru la aku.

Duk gOdek gOdek pesbuk, terjumpe la fakta pasal anak bOngsu. Moh kite gO thrOugh satu satu. TengOk kene ke tak dengan diri aku. Haha. *Sila jangan muntah*

1. SENANG MEMAAFKAN ORANG LAIN
Nak kate senang tu, tak la jugak. Tipu ar. Mane ade weh. Baik hati cam mane skali pun, amik mase jugak nak memaafkan Org. Sorry seems to be the hardest word la. Tapi depends la pade keadaan. Kalu yg keadaan yang senang sejuk, cepat la jugak tapi tak sesenang mane la.

2. GARANG MACAM HARIMAU
Haha.. Aku garang ke? Kene duk diam jap, jari ketuk ketuk dagu. Garang ni subjektif tau. Haha. Kemain ayat kan. Garang mengikut keadaan jugak kot. Org tak cari pasal, tak de la nak garang garang kan. Tapi ade je time buat buat garang, kekonon nak suruh orang takut. Macam le orang herannnn kannnn.. Nak tau aku garang ke tak, meh ar try. Tapi kalu compare ngan Encik tu, aku rase dia lagi garang.. *larikkkkkk*

3. KALAU GELAK, TAK INGAT DUNIA SAMPAI TERLANGGAR SESUATU CONTOH KERUSI 
Part ni membohong. Aku tak kuat gelak, tapi bab langgar bende bende cam kerusi tu memang habit. Esp bile aku kalut or nervous. Aku gelak simple simple je. Bunyi hehehe je rasenye. Ke idokkkk. Nanti aku check balik

4. SENSITIF, HATI LEMBUT
Hek hekkkk. Nak ngaku ke tak erh? Hahaa im a soft-hearted-person. Yang ni tak bohong. Aku cepat touching kot bile ade hal hal sensitif. Macam, tengok kucing kene langgar kat tengah jalan, pun aku boleh keluar air mate. Syila sms cakap rindu pun aku boleh bertakung air mata. Sensitif pulak, erm ye kot. Haha tapi lebih pada sensitif peka. Sensitif sentap tu ade la sikit sikit kott

5. RAMAI PEMINAT
Hahaa ni paling membohong. Tak de pun ar.. Anak bongsu lain mungkin ye la kot.. Aku memang tak arr 

6. MUDAH MENYAYANGI ORANG LAIN
Bab sayang ni, perasaan tu tak terjangka kan. Ade mudah, ade susah.. Erm.. Senang cite, no comment 

7. SUKAR MELUPAKAN ORANG YANG DIA SAYANG 
Yup. Haha.. Susah la, dah pernah sayang, tak kan nak buat buat lupa pulak kann.. Kalu tak, tak kan le beratus kali nk move on, asek tersangkut je. Haha 

8. SELALU MENJADI TUMPUAN ORANG RAMAI 
Yang ni pun tak la jugak. Kadang kadang orang tak sedar pun kewujudan aku dalam satu satu situasi tu. Haha. See betapa tak glamernye kehidupan aku. So down to earth i am okeh! 

9. SENYUMAN TETAP DI BIBIR WALAUPUN SEDIH
Erm.. Untuk 8 tahun lepas, aku rase relevan kot dengan diri aku. Haha dulu dulu tau la kot nak hide sadness cam mane. Senyum je depan semua orang kan, nak kasik orang lain happy. But, not for nowadays la kan. Poeple change, so do i. How i wish u can 'return' back my smile 

10. SENTIASA MENGINGATI KAWAN LAMANYA
The truth, sape sape pun yang aku pernah 'campak keluar' dari kehidupan aku, tak pernah aku lupe. Kawan kawan dr zaman skolah, sampai masuk u, sampai la zaman aku keje, nak marah, kecik hati, frust, kecewa, hangen cam mane skali pun, korang tetap aku ingat, tetap aku amik tau kewujudan korang. Walaupun nampak macam kejam kan. Campak, buang bukan sebab benci tapi perlukan mase utk perbetulkan balik keadaan yang tak berape nk ok tu. Erm, i dont have to list all da names la kan. Tapi kalu empunye diri bace entry ni, korang pasti boleh rase.. 

Erm tu la fews pasal anak bongsu. Tapi aku nak tambah sikit. Aku anak bongsu spesis keras kepale, keras hati. Ahahaha. So beware. Jangan cari pasal, jangan buat aku ribut taufan.

Comfirm ar haters aku muntah hijau lepas bace entry ni. Do i care? Haha. Kan ade dah pesan awal awal, jangan bace blog aku kalau tak nak sentap. Hehe 

Adios!

P/s : rindukan matahari! 

tt